top of page

Maklumat Am

Apakah itu PEDi?

  • Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk:

    1. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar;

    2. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

    3. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

    4. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

  • MCMC telah mengaktifkan sebanyak 600 PEDi di seluruh negara sebagai One Stop Centre (OSC) melalui program-program anjuran bersama pelbagai rakan strategik sebagai usaha untuk membantu usahawan mikro tempatan mengadaptasi teknologi digital dan memperkasa perniagaan mereka melalui inisiatif Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).

  • Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:

    1. Latihan ICT

    2. Latihan keusahawanan

    3. Latihan multimedia

    4. E-pembelajaran

    5. Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan

    6. Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan

  • Transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

 

bottom of page